Perodua Traz dilancarkan, harga bermula RM76,100

Traz Launching

Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan model terbaharu, Perodua Traz sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak tempatan.

Perodua Traz

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, model itu dibangunkan dengan pelaburan RM563 juta sejak Mei 2021, dengan kandungan tempatan mencecah 95 peratus, sekali gus dijangka memberi impak signifikan kepada industri automotif tempatan, khususnya dalam rantaian bekalan dan pembuatan komponen.

“Model Traz dihasilkan di kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd di Sungai Choh, Rawang, dan dijangka memberi sumbangan positif kepada prestasi pendaftaran kenderaan Perodua bermula 2026 dan seterusnya,” katanya pada majlis pelancaran hari ini.

Perodua Traz ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan H, dengan harga antara RM76,100 hingga RM82,000, menyasarkan pengguna bandar yang mahukan SUV kompak berharga kompetitif.

Penghantaran awal dijangka bermula dalam masa terdekat di Semenanjung Malaysia.

Dari aspek kecekapan, Traz menggunakan enjin 1.5 liter 2NR-VE DVVT-i dengan kuasa 105hp dan 138Nm, dipadankan dengan transmisi D-CVT, mencatatkan penggunaan bahan api sehingga 21.3 km/l mengikut Mod Kitaran Pemanduan Malaysia.

Model ini turut dilengkapi ciri praktikal seperti Power Back Door dengan Kick Sensor dan corong penyaman udara untuk penumpang belakang, selain pilihan warna termasuk Merah Cranberry, Biru Electric dengan bumbung hitam, Perak Glittering, Putih Ivory dan kelabu Granite.


Pelaburan, Pengeluaran Tempatan

Perodua Traz 2026 dibangunkan dengan kos projek sekitar RM563.3 juta dan dikeluarkan di kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd, Sungai Choh, Rawang.

Menariknya, SUV itu mempunyai 95 peratus kandungan tempatan, sekali gus menyokong ekosistem automotif negara. Perodua turut menjangka Traz akan memberi kesan positif kepada jumlah pendaftaran kenderaan pengeluar itu bagi 2026 dan seterusnya.

Penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula secepat mungkin di Semenanjung Malaysia, dan orang ramai digalakkan mengunjungi bilik pameran Perodua untuk pandu uji dan membuat tempahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 4 =