Syarat Lulus Loan / Pinjaman Kereta Daripada Bank – Panduan Asas

Syarat lulus loan kereta ini ditulis khas untuk bakal pembeli kereta pertama. Korang mesti nak tau perkara yang korang perlu sediakan untuk beli sebuah kereta.

Jangan risau dengan maklumat lengkap yang disenaraikan bakal memudahkan proses anda untuk membeli kereta pertama pilihan anda.

Tips beli kereta yang dikongsikan ini sangat berguna untuk bakal pembeli kereta di Malaysia supaya urusan loan bank anda lebih lancar dan mudah untuk diluluskan tidak kira jika anda menghadapi masalah bergaji kecil, komitmen tinggi, bekerja sendiri, atau berniaga dengan akaun syarikat sendiri.

Semak Nama Anda Dulu dan Pastikan Nama CLEAR.

Check rekod CCRIS (Bank Negara). Pastikan dalam 12 bulan terkini tiada hutang tertunggak sehingga 2 bulan ke atas.

Sebagai Contoh:

0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 – rekod begini bank suka, sebab anda merupakan pembayar hutang yang bagus.

0 0 1 2 1 0 1 1 0 0 1 0 – walaupun dalam rekod ada satu kali 2 bulan pembayaran tertunggak tapi bank masih boleh luluskan.

0 1 2 1 0 2 2 2 2 2 2 1 – rekod Ini tak cantik 99% Bank akan reject loan kita.

Blacklist seperti:

  • AKPK
  • Special Intention Acct
  • Reschedule Payment
  • Jadi Gerentor orang tapi dia tak bayar atau pembayaran tak cantik

CTOS – hutang-hutang kecil seperti:

  • Credit Motor
  • Singer
  • Aeon Credit
  • iPhone
  • Macbook

Akan tetapi jika hutang CTOS bawah RM 1000 ada bank yg boleh luluskan loan kita.

CTOS Sdn. Bhd.

Alamat: A-8-4, 8th floor, 189, Megan Avenue 1, Jln Tun Razak 50400 KL.
Nombor Telefon Pejabat: +603 2770 8833
Website: www.ctos.com.my

Semak Kelayakan Gaji Anda.

Perkara penting yang anda perlu tahu ialah gaji minima untuk pinjaman kereta adalah RM 1500 ke atas.

Tips: Jika bayaran bulanan sebuah kereta RM 600 / sebulan, maka gaji bersih selepas tolak EPF (KWSP) & SOCSO mesti tidak kurang Dari RM 1800. ( RM 600 x 3 )

Jika gaji kurang daripada syarat minima maka perlu beri satu penjamin:

  • Ibu atau Bapa
  • Suami atau Isteri
  • Adik beradik tapi sekarang banyak bank yang tak mahu terima sebagai penjamin

Tips: Jika tiada penjamin seperti di atas hubungi Sales Advisor Perodua untuk maklumat lanjut

Semak dan Kira Komitmen Bulanan Anda

Secara kasar jangan melebihi 70% bila dicampur campur termasuk pinjaman kereta Ini.

Pengiraan ini penting bagi memastikan anda mampu membayar bayaran bulanan kereta, servis dan penyelenggaran kereta tersebut.

Sebagai contoh:

  • Minyak
  • Tol
  • Parking
  • Servis Minyak Hitam

Tips untuk mengurangkan komitmen atau bayaran bulanan kepada bank

  • Beritahu bank kita nak trade in kereta lama jika ada.
  • Sediakan downpayment at least 10%

Bagi Bekerja Sendiri, SSM Perlu Minimum 2 Tahun

Sediakan penyata bank syarikat 6 bulan terkini.

Pendapatan anda secara individu di kira hanya 20% dari jumlah Duit yg masuk setiap bulan.

Sebagai contoh: RM 10,000 (jumlah masuk) x 20% = RM 2000.

* Boleh juga Buat arahan TETAP(SI) Dari Akaun Syarikat transfer ke Akaun Saving anda dan kita boleh kata itu GAJI kita setiap bulan.

Lesen Memandu Sekarang WAJIB ada, sekurangnya Lesen P

Jika anda nak beli kereta, anda perlu ada lesen memandu untuk memandu kereta kerana perlu patuhi undang-undang Malaysia.

Bagi Lepasan Diploma/ Ijazah Boleh apply 100% loan dibawah Skim Graduan

Syarat Kelayakan:

  • Umur antara 20 – 30 tahun
  • Diploma / Ijazah yg diiktiraf (sijil)
  • Sehari bekerja layak memohon.
  • Jawatan Tetap/ Kontrak juga boleh memohon dengan syarat baki kontrak masih lebih 6 bulan.

Gaji yg dikira layak perlu berbaki RM 1000 setelah ditolak bayaran bulanan kereta + EPF (KWSP) + SOCSO.

Contoh Pengiraan: RM 1800 (Gaji) – RM 540 (Kereta Axia) – RM 198 (EPF) – RM 9.25 (SOCSO) = RM 1052.75 (Baki yang tinggal). – layak memohon

Bagi Yang Tak Cukup Syarat

Gaji kurang atau bekerja sendiri (bisnes dengan SSM) atau tiada payslip.

Ada 2 cara untuk mengatasi isu ini iaitu:

  1. Buatkan kenaikan Gaji (boleh berbincang dengan majikan) dalam slip Gaji terkini dan masukkan jumlah gaji yang baru ke dalam akaun bank.
  2. Cara lain masukkan Gaji yg mencukupi selama 3 bulan dalam akaun bank. Sediakan slip Gaji dan syarikat untuk menjawab call.

Untuk lepasan Diploma atau Ijazah (Degree) yang tak cukup syarat seperti diatas:

  1. Perlu ada Offer Letter dari majikan dengan Gaji yang sesuai dengan kereta yg ingin dibeli. Syarikat boleh jawab call untuk kepastian tentang tempat anda bekerja.

Baca: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta

Setelah anda baca dan meneliti tips-tips di atas, anda sudah boleh buat kira-kira untuk merancang kewangan membeli kereta Perodua baru ataupun kereta secondhand / 2nd hand dengan downpayment, 0 deposit atau pun trade in kereta lama.

Pastikan anda grab promosi terkini yang selalu diberi oleh syarikat Perodua.

Jika anda ingin mendapatkan promosi perodua axia, alza, myvi atau bezza, klik – Lihat di Promosi Perodua.

Jika anda pening kepala nak memikirkan syarat-syarat yang ada, takut nak apply loan, atau tak tahu loan boleh lepas atau tak, hubungi Sales Advisor Perodua, kami akan berikan khidmat nasihat dan bantuan percuma untuk apply loan sampai berjaya.

2 thoughts on “Syarat Lulus Loan / Pinjaman Kereta Daripada Bank – Panduan Asas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − 5 =