Mesti yang first time nak beli kereta tertanya-tanya apa proses nak beli kereta sebab tengok orang lain beli kereta macam senang, datang showroom, sign dokumen pastu dapat kunci. Macam mudah kan? Tapi realitinya tidak!
Ada perkara yang anda perlu buat kira-kira sebelum nak beli kereta.
Antaranya anda perlu tentukan kereta yang ingin dibeli dan adakah kereta tersebut sesuai dengan gaji anda. Terdapat beberapa formula untuk tahu julat harga kereta yang sesuai dengan gaji anda. Artikel ini akan kongsikan tips-tips beli kereta pertama.
Formula Beli Kereta Pertama
Ada banyak cara untuk tahu kelayakan anda untuk beli sesebuah kereta. Harini saya kongsikan beberapa tips yang selalu digunakan oleh pembeli kereta pertama untuk membeli kereta idaman mereka.
Formula Setahun Gaji
Contoh gaji anda RM 2,500 sebulan. Didarab dengan 12 bulan (RM 2,500 x 12) = RM 30,000. Maknanya anda layak beli kereta pada julat harga RM 30,000 sahaja.
So kalau rasa nak pakai Myvi low spec yang harga RM 50,000++ tu agak agak berapa gaji tahunan tu?
Formula 15% Gaji Bulanan
Tips lain yang boleh digunakan adalah anda tidak akan spend lebih daripada 15% gaji bulanan anda.
Sebagai contoh, gaji anda RM 2,500. 15% daripada gaji anda ialah RM 375.
Maknanya bulanan kereta anda tidak akan melebihi RM 375.
Cara 15% boleh dikatakan dalam position terbaik dalam cara mengurus kewangan anda. Sebabnya anda perlu tahu disamping membayar bulanan kereta terdapat komitmen lain yang anda perlu tahu. Nak tahu? teruskan membaca
Sediakan Dokumen
Kebiasaannya Sales Advisor akan minta anda sediakan 3 bulan penyata bank (bank statement) terkini dan IC depan belakang untuk tujuan submit loan.
Baca: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta
Apa Komitmen Lain Selain Ansuran (installment) kereta?
- Duit Minyak
- RoadTax atau Cukai Jalan
- Insurans Kereta
- Antara Servis Kereta:
- Minyak Hitam
- Filter
- Batteri Kereta
- Fuel Filter
- Air Filter
- Gear Oil
- Brake Fluid & Power Steering Fluid
- Radiator Coolant
- Brake Pad
- Tayar
Duit Minyak
Kebiasaan orang bekerja mesti isi minyak seminggu sekali sebab ulang-alik pergi kerja, tapi kalau tempat kerja dekat mungkin dua minggu sekali.
Sebulan ada 4 minggu.
Purata sekali isi minyak antara RM 50 – RM 80 kalau guna minyak RON95 aka minyak kuning dan mengikut jenis kereta yang anda pakai – tapi ini hanya untuk kereta seperti Axia, Myvi, Bezza, Iriz, Persona, Saga dan yang sama spesis. Dan juga bergantung cara pemanduan anda, kalau yang suka tekan minyak lepastu break, tu faham faham lah ya.
Secara keseluruhan anda akan belanjakan RM 200 – RM 400 sebulan hanya untuk mengisi minyak kereta sahaja.
RoadTax / Cukai Jalan
Kebiasaan cukai jalan dikenakan berdasarkan saiz enjin kereta anda. Saiz enjin yang diberi diskaun adalah di antara 0cc sehingga 1600cc. Dan kalau nak tahu berapa anda bayar cukai jalan, boleh lihat pada sticker roadtax yang ditambal dihadapan cermin kereta anda.
| Kapasiti Enjin | Kadar Bayaran |
|---|---|
| 1000cc dan kebawah | RM 20.00 |
| 1001cc hingga 1200cc | RM 55.00 |
| 1201cc hingga 1400cc | RM 70.00 |
| 1401cc hingga 1600cc | RM 90.00 |
Kadar Bayaran RoadTax / Cukai Jalan Kereta di Malaysia bawah 1600cc
Cukai jalan (RoadTax) dibayar setiap tahun, jadi ingat anda perlu perbaharuinya setiap tahun.
Insurans Kereta
Insurans kereta merupakan satu bentuk sekuriti yang disediakan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan bagi tujuan perlindungan kepada kereta terhadap kerosakan dan / atau kerugian akibat/semasa memandu diatas jalan raya.
Servis Kereta
Bawa kereta memang best kan? Tapi anda perlu tahu disamping memandu juga anda perlu ambil tahu beberapa perkara penting tentang servis kereta anda. Disini saya senaraikan beberapa servis kereta yang kebiasaannya dilakukan oleh pemilik kereta.
Servis berkala amat penting bagi memastikan kereta kita dalam keadaan terbaik dan selamat semasa digunakan atas jalan raya, dan bagi mengelakkan risiko kereta rosak atau berasap di tengah jalan.
Minyak Hitam
Filter
Bateri Kereta
Fuel Filter
Air Filter
Gear Oil
Break Fluid & Power Steering Fluid
Radiator Coolant
Brake Pad
Tayar Kereta
Semak Juga Model Lain, Panduan Loan & Halaman Penting
Jika anda sedang compare spec, harga atau ansuran model ini, jangan berhenti di sini sahaja. Lihat juga panduan loan utama, dokumen yang diperlukan, pilihan tanpa deposit dan model Perodua lain supaya lebih mudah buat keputusan sebelum tempah.
Semakan Loan
Semak kelayakan loan kereta anda ikut gaji, komitmen bulanan dan model pilihan.
Cara Lulus Loan Perodua
Panduan penting untuk tingkatkan peluang approval loan dengan lebih cepat dan mudah.
Loan Tanpa Deposit
Ketahui pilihan, syarat dan realiti sebenar untuk beli kereta tanpa deposit tinggi.
Loan Perodua Malaysia
Halaman utama loan Perodua untuk lihat panduan umum, model sesuai dan langkah seterusnya.
Dokumen Loan Kereta
Semak dokumen yang biasanya diperlukan untuk pekerja swasta, kerajaan, bisnes dan fresh grad.
Loan Kereta Mudah Lulus
Lihat faktor yang bantu percepatkan proses dan elakkan punca loan mudah ditolak.
Model Perodua Lain Yang Boleh Anda Compare
- Perodua Myvi 2026 — Harga, Varian & Ansuran
- Perodua Axia 2026 — Harga, Varian & Ansuran
- Perodua Bezza 2026 — Harga, Varian & Ansuran
- Perodua Ativa 2026 — Harga, Varian & Ansuran
- Perodua Alza 2026 — Harga, Varian & Ansuran
- Perodua Aruz 2026 — Harga, Varian & Ansuran
- Perodua Traz 2026 — Harga, Varian & Ansuran
Masih Keliru Nak Pilih Model atau Varian?
Boleh terus WhatsApp untuk semak model yang sesuai ikut gaji, komitmen, deposit dan keperluan sebenar anda. Ini lebih mudah daripada compare spec sahaja tanpa tahu ansuran sebenar.


Pingback: 10 Tips & Cara Menjual Kereta Perodua Anda Dengan Mudah dan Cepat