Perodua Axia 2026 Malaysia — Harga, Review & Spesifikasi Penuh
PERODUA AXIA 2026 MALAYSIA • HARGA • REVIEW • SPESIFIKASI PENUH

Perodua Axia 2026 — Kereta Jimat Minyak, Moden & Sangat Berbaloi

Kini anda boleh miliki kereta Perodua Axia idaman tanpa perlu datang ke ‘showroom’. Mudah, pantas & profesional. Saya bantu dari semakan kelayakan, kira ansuran hingga urusan tempahan.

🔒 Privasi: Maklumat dihantar terus ke WhatsApp — tiada simpanan dalam sistem.
HERO IMAGE • AXIA 2026

Tengok Video Axia 2026 (Review / Walkaround)

Untuk anda yang nak nampak “real feel”, saya letakkan video rujukan di bawah. Lepas tengok, WhatsApp saya — saya boleh bantu semak promo terkini & anggaran ansuran ikut bajet anda.

▶ VIDEO RASMI/REVIEW • YOUTUBE

Jika video tidak load, anda boleh buka terus: https://youtu.be/CD3i5igOWjw

FEATURE SHOT

Perodua Axia 2026

Perodua Axia 2026 merupakan generasi baharu hatchback kompak yang kini hadir dengan teknologi lebih moden, ruang dalaman lebih luas serta ciri keselamatan yang jauh lebih lengkap. Dilengkapi enjin 1.0L VVT-i berteknologi EEV bersama transmisi D-CVT, Axia 2026 mampu mencapai penggunaan minyak sehingga 27.4km per liter — antara model paling jimat minyak di Malaysia dalam kelasnya.

Rekaan terbaru Axia 2026 tampil lebih sporty dengan lampu LED, gril hadapan lebih lebar dan garis aerodinamik yang memberi penampilan matang serta moden. Ditawarkan dengan 5 tahun waranti serta 4 bintang ASEAN NCAP (rujuk varian/kemas kini semasa), memastikan perjalanan yang lebih selamat setiap hari.

HIGHLIGHT PANTAS
  • Enjin 1.0L VVT-i (EEV) + transmisi D-CVT
  • Penggunaan minyak sehingga 27.4 km/L (rujuk data/varian)
  • Ruang dalaman lebih luas + but 265L
  • Ciri keselamatan lengkap untuk varian AV (ASA / PSDA & lain-lain)
  • Rekaan moden: LED headlamps + DRL + gaya lebih premium
INTERIOR / CABIN

Kelebihan Utama Perodua Axia 2026

Ringkas, jelas — ini sebab kenapa Axia kekal jadi pilihan ramai untuk kereta harian paling berbaloi.

1) Enjin Jimat Minyak Dengan D-CVT

Enjin 1.0L VVT-i + D-CVT memberi pemanduan lebih lancar, responsif dan senyap — dan kekal efisien dengan penggunaan minyak sehingga 27.4km/L.

🧳

2) Ruang Dalaman Lebih Luas

Ruang kaki lebih panjang, semi bucket seat, meter TFT 7 inci, infotainment 9 inci, dan but 265L — sesuai untuk rutin harian & family kecil.

🛡️

3) Ciri Keselamatan Lengkap (AV Variant)

Termasuk Perodua Smart Drive Assist & Advanced Safety Assist (ASA) + pelbagai bantuan pemanduan (rujuk varian).

4) Rekaan Moden dan Sporty

LED headlamps + DRL, gril lebih lebar, spoiler, side skirting dan rim aloi 14 inci — nampak premium walaupun harga mampu milik.

🎛️

5) Ciri Kemudahan Lengkap

Push Start, Keyless Entry, Digital Air Cond Controller, Display Audio 9 inci (Bluetooth/HDMI/Smart Link), meter TFT 7 inci, Power Mode.

SAFETY / TECH

Harga Axia Baru 2026 (Promosi & Anggaran Bulanan)

Harga Axia baru 2026 bermula dari RM22,669.85 untuk varian 1.0 E (Manual), manakala varian teratas 1.0 AV (Auto) berharga RM51,211.79. Jadual di bawah termasuk kiraan bayaran bulanan (7 tahun & 9 tahun) untuk 90% loan dan 100% loan. Untuk tawaran terbaik (ikut kawasan & stok), WhatsApp saya.

VARIAN ON THE ROAD PRICE 9 Tahun (90%) 9 Tahun (100%) 7 Tahun (90%) 7 Tahun (100%)
AXIA 1.0 E (Manual) RM22,669.85 RM249 RM277 RM303 RM277
AXIA 1.0 G RM40,038.95 RM432 RM481 RM528 RM481
AXIA 1.0 X RM41,488.56 RM448 RM498 RM547 RM498
AXIA 1.0 SE RM45,587.77 RM492 RM547 RM601 RM547
AXIA 1.0 AV RM51,211.79 RM552 RM615 RM674 RM615
*Harga/anggaran tertakluk kepada kadar bank, kawasan, dan kemas kini semasa.
PROMO / HARGA

Pilihan Warna Perodua Axia 2026

Pilih warna ikut gaya anda. Warna luaran Axia direka untuk melengkapkan reka bentuk moden dan dinamiknya.

Warna Popular

Coral Blue (meriah & segar), Granite Grey (canggih & moden), Lava Red (berani & standout), Glittering Silver (klasik & elegan), Ivory White (bersih & minimal).

Coral Blue
Granite Grey
Lava Red
Glittering Silver
Ivory White
GALERI WARNA

Siapa Patut Memiliki Perodua Axia 2026

Axia sangat sesuai untuk:

  • Pelajar universiti yang mahukan kereta jimat minyak
  • Individu bujang yang perlukan kereta harian praktikal
  • Keluarga kecil sebagai kereta kedua
  • Pengguna yang mahu kereta kompak, mudah parking dan ringan kos servis
  • Pembeli bajet rendah tetapi mahu ciri moden dan selamat

Axia adalah kombinasi seimbang antara harga, keselamatan, teknologi dan penjimatan bahan api.

Buat Tempahan Axia 2026

Anda boleh membuat tempahan Axia 2026 secara online atau melalui Sales Advisor Perodua berhampiran tanpa perlu datang ke showroom. Proses mudah, cepat dan selamat.

Tip cepat: Jika anda bagi gaji + komitmen + downpayment, saya boleh terus cadangkan varian yang paling “fit” ikut bajet.
QUICK ACTION • AXIA 2026

Nak saya semak kelayakan & promo ikut kawasan anda?

WhatsApp saya sekarang — saya guide step-by-step sampai siap booking & loan submission.

Soalan Lazim (FAQs) Perodua Axia

Jawapan pantas untuk soalan yang paling ramai tanya sebelum booking/submit loan.

Berapa harga Axia baru?
Harga bagi setiap varian kereta Axia baru 2026 di Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

AXIA 1.0 E: RM23,042.08
AXIA 1.0 G: RM40,038.95
AXIA 1.0 X: RM41,488.56
AXIA 1.0 SE: RM45,587.77
AXIA 1.0 AV: RM51,211.79
Apa pilihan warna kereta Axia?
Perodua Axia tersedia dalam 5 pilihan warna di Malaysia iaitu:

Lava Red • Granite Grey • Coral Blue • Glittering Silver • Ivory White
Berapa gaji minimum untuk beli Axia?
Gaji bermula RM1,500 layak untuk beli Axia. Gaji bawah RM1,500 juga tetap layak, tetapi layak bersyarat iaitu perlu ada penjamin sama ada Ibu Bapa atau pun pasangan.
Berapa bayaran bulanan Axia?
Bayaran bulanan kereta Axia baru berbeza mengikut lokasi. Dengan downpayment 10%, bayaran bulanan kereta Axia bermula RM249 bagi kawasan Semenanjung Malaysia.
Bagaimana nak tempah kereta Axia baru?
Anda boleh buat tempahan kereta baru Axia melalui penasihat jualan sah Perodua. Paling mudah: WhatsApp saya — saya bantu dari A sampai Z.

WhatsApp Tempah Axia
Berapa lama tempoh menunggu tempahan kereta baru Axia?
Tempoh masa menunggu kereta baru Axia adalah di antara 1 hingga 4 bulan bergantung kepada stok daripada HQ Perodua.
Dimana showroom Perodua berdekatan dengan saya?
Anda boleh melakukan tempahan secara atas talian (online) atau pandu uji (test drive) kereta Perodua di showroom berdekatan. WhatsApp saya untuk semak cawangan paling sesuai ikut kawasan anda.
Dokumen apa yang diperlukan untuk beli kereta Axia baru?
Berikut adalah SOP & maklumat yang diperlukan untuk tempah kereta Perodua. Semua dokumen & maklumat anda dijamin rahsia & selamat dari pihak ketiga:

• Salinan IC (depan & belakang)
• Salinan lesen (depan & belakang)
• Payslip 3 bulan terkini
• Penyata bank 3 bulan terkini
• Nombor telefon
• Email
LAST STEP

Nak saya kira ansuran ikut bajet anda?

Bagi saya bajet bulanan atau downpayment — saya bantu cadangkan varian paling berbaloi.

Model Perodua Lain

Bandingkan Model Perodua Yang Lain

Selain Perodua Axia 2026, anda juga boleh lihat model lain yang mungkin lebih sesuai mengikut bajet, gaya hidup dan keperluan keluarga anda.

Model Semasa Perodua Axia 2026 Malaysia

Perodua Axia 2026

Kereta kompak jimat minyak yang sesuai untuk pembeli pertama, fresh graduate dan pemanduan bandar.

Popular Perodua Myvi 2026 Malaysia

Perodua Myvi 2026

Hatchback paling popular dengan gaya lebih sporty, kuasa lebih sedap dipandu dan ciri lebih lengkap.

Sedan Perodua Bezza 2026 Malaysia

Perodua Bezza 2026

Sedan jimat minyak dengan ruang but besar, sangat praktikal untuk keluarga kecil dan penggunaan harian.

SUV Perodua Ativa 2026 Malaysia

Perodua Ativa 2026

SUV kompak turbo untuk mereka yang mahukan gaya moden, posisi pemanduan tinggi dan rasa lebih premium.

Keluarga Perodua Alza 2026 Malaysia

Perodua Alza 2026

MPV 7 tempat duduk untuk keluarga yang perlukan ruang luas, selesa dan sesuai untuk perjalanan jauh.

SUV 7 Seater Perodua Aruz 2026 Malaysia

Perodua Aruz 2026

SUV 7 tempat duduk untuk keluarga aktif yang mahukan ruang, gaya lebih tinggi dan penggunaan praktikal.

SUV Compact Perodua Traz 2026 Malaysia

Perodua Traz 2026

Model generasi baharu Perodua yang dijangka hadir dengan teknologi moden, reka bentuk futuristik dan penjimatan tenaga lebih baik.

Axia Internal Link Hub

Panduan Lengkap Perodua Axia

Jika anda sedang mempertimbangkan Perodua Axia, di bawah ini saya kumpulkan semua pautan penting berkaitan model, harga, ansuran, loan dan lokasi supaya anda boleh semak satu persatu dengan lebih mudah.

Mahu semak model Axia yang paling sesuai mengikut gaji atau bajet bulanan anda? Gunakan pautan pantas di bawah.